Saturday, 4 February 2017

Anak-anak Harta Ibu Ayah

Teks : Azne Omar

Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar


Pagi tadi ibu ajak abang Muhammad  & adik Ahmad kemas rumah. Masing-masing sibuk mengemas meja sendiri.
.

Paling ibu terpegun, ada playdoh abang hias di meja belajar beliau. Good job abang. Adik macam biasa, meja penuh dengan koleksi dinasournya.
.

Che Puan Azne(CPA)
Ahli Kelab Uli Playdoh sejak 1985

Friday, 3 February 2017

Jemput-jemput Bilis dan Sayuran

Teks :Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar

Sudah masuk jam 4:20 petang. Jemput-jemput bilis dan sayur che siap tersedia di atas meja bersama air teh O lemon kurang manis.
.
Ini ada resipinya. Harap sudilah mencuba.
.

Jika ada anak-anak yang susah makan sayur, boleh gunakan teknik ini untuk menyembunyikan fizikal sayur di dalam jemput-jemput yang meriah dan berwarna-warni.
.
Jemput makan.

Che Puan Azne(CPA)
Pengerusi Pemakan Sayur di Rumah

Thursday, 2 February 2017

Selamat Pagi Dunia

Teks : Azne Omar

Dari Kuching terbang ke Mukah
Pesawat melintas di sebalik mentari
Salam Jumaat penuh barokah
Ambil berkat di penghulu hari

Mee kolok,laksa Sarawak
Menu istimewa Bumi Kenyalang
Che disini doakan awak
Mewah rezeki dan umur panjang

Ke pasar tamu menaiki teksi
Mencari juadah kuih tradisi
Assalamua'laikum dan selamat pagi
Terus bangun menjemput rezeki

Che Puan Azne(CPA)
Presiden Kelab Pantun Pagi

Wednesday, 1 February 2017

Medan Selera Lotun Van,Dataran Bandaraya Johor Bahru- Kisah Viral Penjual Tisu

Teks:  Azne Omar
Foto: Koleksi Peribadi Azne Omar

Semalam kami sekeluarga ke Medan Selera Lotun Van, Dataran Bandaraya Johor Bahru. Seperti biasa, jika kami menuju ke sana, hidangan tauhu bakar dan stimbot adalah menu yang dicari.
.

Sudah dua kali kami ke sana minggu ini. Tidak pasti kenapa tekak ini begitu  mengidam-idamkan tauhu bakar yang rangup dan disaluti kuah hitam pedas-pedas manis. Tidak tahan rasanya menanggung selera itu. Saya jangka ini semua disebabkan hormon yang turun naik bulan ini. PMS lah katakan(pre menstrual syndrom-sindrom pra haid)
.

Lama kami disitu. Hampir dua jam. Makan-makan sambil bercerita bersama anak-anak. Hairan!  Tiada lagi kelibat penjual tisu yang viral bulan lepas. Mungkin keadaan sedang panas dengan berita mereka sekarang. Berita warga OKU yang menjual tisu di sekitar Johor Bahru memperoleh pendapatan puluhan ribu ringgit setiap minggu kerana mengaku buta.
.

Cerita sebenar, hanya Allah S. W. T yang tahu. Kita hanya mampu membaca di facebook.
.

"Jika benar menjual, mengapa tidak dipulangkan baki wang kepada pembeli? ", soal seorang wanita yang sedang marah
.
Ya, ada benarnya. Diberi RM10,diberi sebungkus tisu dan berlalu pergi. Mereka datang berdua. Yang memimpin si buta adalah insan normal yang menjadi penunjuk arah. Waktu siang, mereka boleh nampak pula. Itu yang menimbulkan amarah orang ramai.

Doa Sahabat

Teks : Azne Omar

Untung pakai baju besar. Orang sangka kita mengandung. Hihi.
.
"Kak,duduk kak"
"Puan,silakan duduk. Hati-hati ya"
"Beri laluan. Biar wanita mengandung jalan dulu"
.
Senyum, tak perlu kata apa-apa. Ameen. InshaAllah rezeki 2017. Kembar pula. Siapa tahu?
.
Terima kasih yang mendoakan.

Che Puan Azne(CPA)
Kisah benar