Wednesday, 1 February 2017

Medan Selera Lotun Van,Dataran Bandaraya Johor Bahru- Kisah Viral Penjual Tisu

Teks:  Azne Omar
Foto: Koleksi Peribadi Azne Omar

Semalam kami sekeluarga ke Medan Selera Lotun Van, Dataran Bandaraya Johor Bahru. Seperti biasa, jika kami menuju ke sana, hidangan tauhu bakar dan stimbot adalah menu yang dicari.
.

Sudah dua kali kami ke sana minggu ini. Tidak pasti kenapa tekak ini begitu  mengidam-idamkan tauhu bakar yang rangup dan disaluti kuah hitam pedas-pedas manis. Tidak tahan rasanya menanggung selera itu. Saya jangka ini semua disebabkan hormon yang turun naik bulan ini. PMS lah katakan(pre menstrual syndrom-sindrom pra haid)
.

Lama kami disitu. Hampir dua jam. Makan-makan sambil bercerita bersama anak-anak. Hairan!  Tiada lagi kelibat penjual tisu yang viral bulan lepas. Mungkin keadaan sedang panas dengan berita mereka sekarang. Berita warga OKU yang menjual tisu di sekitar Johor Bahru memperoleh pendapatan puluhan ribu ringgit setiap minggu kerana mengaku buta.
.

Cerita sebenar, hanya Allah S. W. T yang tahu. Kita hanya mampu membaca di facebook.
.

"Jika benar menjual, mengapa tidak dipulangkan baki wang kepada pembeli? ", soal seorang wanita yang sedang marah
.
Ya, ada benarnya. Diberi RM10,diberi sebungkus tisu dan berlalu pergi. Mereka datang berdua. Yang memimpin si buta adalah insan normal yang menjadi penunjuk arah. Waktu siang, mereka boleh nampak pula. Itu yang menimbulkan amarah orang ramai.

No comments:

Post a Comment