Sunday, 6 August 2017

Nasihat tanda sayang

Teks : Azne Omar

Menyaksikan kematian seharusnya lebih menginsafkan. Kesedihan itu fitrah. Menangislah, asalkan tidak melampau-lampau.
.
Nasihat yang dia dilontarkan kadangkala kau rasakan keras, sukar untuk diterima. Ia sebenarnya penanda aras betapa kasihnya seseorang kepada kita, bimbang akan terus hanyut dalam usia yang sia-sia. Dia mahu bersama-sama berpimpin tangan, mencari bekal di alam kekal.
.
Dia beri ingat. Dia mahu kita selamat di akhirat. Dialah manusia-manusia yang sayangkan kau lebih dari dirinya. Beruntung jika kita masih ada 'dia'.

Azne Omar
Dunia sudah berada dipenghujungnya.

Monday, 24 April 2017

Teks : Azne Omar

Apa yang ada di sekeliling adalah pelajaran paling berharga buat diri. Bersyukur Tuhan kurniakan kehidupan yang baik walaupun hati manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki.
(CPA)

Friday, 21 April 2017

Selamat Pagi Dunia

Teks : Azne Omar

Hari Sabtu disambut dengan pelukan hujan di bumi JDT. Mohon Tuhan suntik rasa iklas dalam setiap pekerjaan umpama hujan yang turun menderu tanpa segan.

Monday, 17 April 2017

Jauhi putus asa. Kita juara

Teks: Azne Omar

Kawan,

Pagi ini permulaan. Jika semalam kau kecewa, pagi ini mari kita bangun walaupun terpaksa merangkak-rangkak. Jika semalam kau berpuas hati, hari ini teruskan berlari lebih laju lagi.
(CPA)

Wednesday, 12 April 2017

Syukur

Teks : Azne Omar

Setiap pagi kita buka hadiah yang paling berharga yang Tuhan kurniakan iaitu sepasang mata yang dapat melihat kebesaran ciptaanNYA.
.
Mohon Tuhan bukakan pintu hati kita untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaanNYA yang tidak terhingga banyaknya.
(CPA)

Wednesday, 5 April 2017

Harapanku

Teks : Azne Omar

Tuhan, temukanlah dengan apa yang kami cari dan perlukan hari ini. Jauhi kami dari kesesatan.

Tuesday, 28 March 2017

Teks : Azne Omar

Salam 1 Rejab. Mohon apa yang diusahakan beroleh kejayaan.

Wednesday, 8 March 2017

Sambal Gesek / Sambal Ketuk

Teks: Azne Omar
Foto: Koleksi Peribadi Azne Omar

Bahan-bahan sambal gesek atau nama lainnya sambal ketuk. Goreng saja semua sampai layu (kecuali limau kasturi) & tumbuklah ikut selera. Mahu yang kasar atau lumat, terserah. Owh, CPA tak masukkan bawang. Jika kalian suka boleh tambah. Ikan bilis sedap juga diganti dengan ikan goreng.
.
Makan dengan nasi panas dan ulam, cukup nikmatnya. Lauk ini saja mampu buat makan bertambah lebih dari sepinggan.

Monday, 6 March 2017

Isteri Tuan Muaz

Teks :Azne Omar

Isteri Pegawai Bomba sudah biasa jika Tuan suami dipanggil bertugas ketika kecemasan. Laporan kes sentiasa berkumandang di rumah atau semasa dalam perjalan di dalam kereta. Seluruh pelusuk negeri kami tahu apa sedang berlaku.
.
Anak-anak sudah sedia maklum tugas ayah. Bagi mereka, ayah seorang wira. Kita menyaksikan seorang Pegawai Bomba yang kuat semangat dan berdedikasi, dibelakang beliau sebenarnya ada seorang isteri yang lebih kuat, fizikal dan mental serta anak-anak yang memahami tugas ayah kepada negara.

.
Che Puan Azne(CPA)
Isteri Tuan Muaz
Pegawai Forensik Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia(FIO)

Teks: Azne Omar

Bisik pada diri,

"Aku kuat, aku bersemangat, aku bersyukur masih diberi peluang untuk hidup hari ini & aku wajib lakukan yang lebih baik dari semalam"

Morning sunshine.

Friday, 3 March 2017

Teks: Azne Omar

Hujan sedang mengucapkan selamat pagi di Johor Bahru. Mohon semua berjalan lancar dan dipermudahkan Tuhan.

Saturday, 4 February 2017

Anak-anak Harta Ibu Ayah

Teks : Azne Omar

Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar


Pagi tadi ibu ajak abang Muhammad  & adik Ahmad kemas rumah. Masing-masing sibuk mengemas meja sendiri.
.

Paling ibu terpegun, ada playdoh abang hias di meja belajar beliau. Good job abang. Adik macam biasa, meja penuh dengan koleksi dinasournya.
.

Che Puan Azne(CPA)
Ahli Kelab Uli Playdoh sejak 1985

Friday, 3 February 2017

Jemput-jemput Bilis dan Sayuran

Teks :Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar

Sudah masuk jam 4:20 petang. Jemput-jemput bilis dan sayur che siap tersedia di atas meja bersama air teh O lemon kurang manis.
.
Ini ada resipinya. Harap sudilah mencuba.
.

Jika ada anak-anak yang susah makan sayur, boleh gunakan teknik ini untuk menyembunyikan fizikal sayur di dalam jemput-jemput yang meriah dan berwarna-warni.
.
Jemput makan.

Che Puan Azne(CPA)
Pengerusi Pemakan Sayur di Rumah

Thursday, 2 February 2017

Selamat Pagi Dunia

Teks : Azne Omar

Dari Kuching terbang ke Mukah
Pesawat melintas di sebalik mentari
Salam Jumaat penuh barokah
Ambil berkat di penghulu hari

Mee kolok,laksa Sarawak
Menu istimewa Bumi Kenyalang
Che disini doakan awak
Mewah rezeki dan umur panjang

Ke pasar tamu menaiki teksi
Mencari juadah kuih tradisi
Assalamua'laikum dan selamat pagi
Terus bangun menjemput rezeki

Che Puan Azne(CPA)
Presiden Kelab Pantun Pagi

Wednesday, 1 February 2017

Medan Selera Lotun Van,Dataran Bandaraya Johor Bahru- Kisah Viral Penjual Tisu

Teks:  Azne Omar
Foto: Koleksi Peribadi Azne Omar

Semalam kami sekeluarga ke Medan Selera Lotun Van, Dataran Bandaraya Johor Bahru. Seperti biasa, jika kami menuju ke sana, hidangan tauhu bakar dan stimbot adalah menu yang dicari.
.

Sudah dua kali kami ke sana minggu ini. Tidak pasti kenapa tekak ini begitu  mengidam-idamkan tauhu bakar yang rangup dan disaluti kuah hitam pedas-pedas manis. Tidak tahan rasanya menanggung selera itu. Saya jangka ini semua disebabkan hormon yang turun naik bulan ini. PMS lah katakan(pre menstrual syndrom-sindrom pra haid)
.

Lama kami disitu. Hampir dua jam. Makan-makan sambil bercerita bersama anak-anak. Hairan!  Tiada lagi kelibat penjual tisu yang viral bulan lepas. Mungkin keadaan sedang panas dengan berita mereka sekarang. Berita warga OKU yang menjual tisu di sekitar Johor Bahru memperoleh pendapatan puluhan ribu ringgit setiap minggu kerana mengaku buta.
.

Cerita sebenar, hanya Allah S. W. T yang tahu. Kita hanya mampu membaca di facebook.
.

"Jika benar menjual, mengapa tidak dipulangkan baki wang kepada pembeli? ", soal seorang wanita yang sedang marah
.
Ya, ada benarnya. Diberi RM10,diberi sebungkus tisu dan berlalu pergi. Mereka datang berdua. Yang memimpin si buta adalah insan normal yang menjadi penunjuk arah. Waktu siang, mereka boleh nampak pula. Itu yang menimbulkan amarah orang ramai.

Doa Sahabat

Teks : Azne Omar

Untung pakai baju besar. Orang sangka kita mengandung. Hihi.
.
"Kak,duduk kak"
"Puan,silakan duduk. Hati-hati ya"
"Beri laluan. Biar wanita mengandung jalan dulu"
.
Senyum, tak perlu kata apa-apa. Ameen. InshaAllah rezeki 2017. Kembar pula. Siapa tahu?
.
Terima kasih yang mendoakan.

Che Puan Azne(CPA)
Kisah benar

Wednesday, 25 January 2017

Pindang Ikan

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar

Musim hujan dan dingin tentu ada ahli keluarga yang selsema atau demam. Makan pun kurang berselera.
.

Singgang atau pindang ikan yang sangat simple sesuai untuk dimakan bersama nasi putih atau bubur nasi.

.

Boleh tambah belacan bakar atau udang kering tumbuk jika suka. Hirup kuahnya suam-suam, ratah ikan segar dan bendi dapat bekalkan sumber protein dan mineral buat badan yang kurang bertenaga.

.

Santuni selera insan-insan yang dikasihi. Buat mereka selesa dan gembira. Satu lagi perkara baik dan mulia yang kalian boleh lakukan dengan memasak.

.

Mudahnya Allah beri kita pahala. Syarat, ikhlas!
.

Monday, 23 January 2017

Cara Sebenar untuk Minum Madu




Teks :Azne Omar
Foto : Sumber Facebook





Umum mengetahui khasiat madu sejak turun temurun. Tetapi tahukah kita cara yang betul mengamalkan madu mengikut keperluan setiap individu?
.


Pada awalnya saya sendiri hanya hentam keromo. Langsung tidak tahu rupa-rupanya ada aturan yang perlu diikuti jika mahu mengambil madu.

.

Jom kita tengok info yang saya 'save' dari facebook. Selamat beramal.















Jalan-jalan Cari Sarapan

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar


Lempeng kelapa ni sedap sangat. Rasa tak berubah sejak dulu. Perfect. Kuahnya pun sangat sedap. Teringin saya nak belajar buat kuh sesedap ini.

.

Beli di Medan Selera Pasar Peladang, Skudai. Kedai hujung sekali.  Boleh nampak lempeng bersusun atas kuali.
.

Lauk Frozen

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar


Di saat anak yang sulung demam, lauk frozen menjadi penyelamat.
.

Paprik ayam menu utama untuk makan tengahari kami. Hanya tambah sayur-sayuran, lauk siap sedia dalam masa yang singkat. Alhamdulillah.
.

Ibu sambung kerja hakiki.
.

WAHM(Working at Home Mom)

Teks : Azne Omar
Foto : Sumber Pinterest



Tahun 2017, bulan September inshaAllah  che bakal berpindah pejabat sepenuhnya di rumah. Mohon doa sahabat-sahabat che yang baik.
.

Amiin.

.

Che Puan Azne(CPA)
Trend WAHM

Sahabat Usahawan

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar
.

Lebatnya hujan di Johor Bahru. Hujan berpanjangan sejak pagi tadi.
.

Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat buat seisi alam. Selamatkan saudara-saudara kami di Kelantan dan kawasan-kawasan yang dilanda banjir dan hujan lebat. Permudahkanlah urusan mereka Ya Allah, jangan KAU sulitkan Ya Allah.
.

Alhamdulillah, meeting berjalan lancar. Che jumpa sahabat lama hari ini. Semakin cantik dan anggun Cikpuan Su.
.

Tahniah untuk Sos Delitaste yang baru mendapat pengiktirafan Halal dari Jakim.
.

Didoakan Delitaste terus maju dan setanding produk antarabangsa. Amiin Ya Rabb.
.

Friday, 20 January 2017

Cekodok Keledek

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar





Selain pisang, keledek pun sedap dibuat cekodok. Bayangkan makan keria yang sangat 'rich' rasa keledeknya. Ohoi...sedap ya ampun. Macam itu jugalah dengan cekodok keledek ini.
.

Cekodok saya tak bulat pula pagi ini. Hehehe. Tak apa,janji sedap okay. Jom kita tengok resipinya. Mudah dan ringkas.
.


Cekodok Keledek

Bahan-bahan:


1) 2  1/2 cawan keledek lenyek (kukus atau rebus,toskan hingga kering air & lenyek)

2) 1 cawan tepung gandum (sukatan keledek mesti  lebih banyak drpd tepung, barulah     sedap. Untk cekodok pisang pun sama)

3) gula (ikut selera anda)

4) secubit garam

5) 3/4 cawan air (untuk basah-basahkan adunan shj)



Cara-caranya:

1) Gaul rata semua bahan kering. Tambahkan keledek yang telah dilenyek. Sebatikan. 

2) Tambah air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang boleh dijemput-jemput .
(texturenya basah seperti kentang lenyek/mashed potato kfc tu tau )

3) Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana hingga warnanya menjadi keemasan.



















Teks : Azne Omar


Butang LIKE, COMMENT & SHARE di Facebook


Dalam facebook ada tiga butang penting. LIKE, COMMENT  & SHARE.
.

Butang SHARE adalah yang paling 'power' kerana jika sesuatu yang baik dan bermanfaat dikongsi dan disebarkan, pahala kebaikan juga akan tersebar dan sebaliknya. Apabila butang SHARE ditekan, bermakna ianya penting.
.

Biasanya,ada dua keadaan orang akan tekan butang SHARE.
.

Pertama, untuk berkongsi posting itu dengan orang lain. Mereka akan set bahagian privacy sebagai PUBLIC. Posting tersebut akan tersebar luas tanpa sempadan.
.

Kedua, untuk di 'save'/bookmark, hanya untuk simpanan dan tatapan sendiri.
Selalunya, posting tersebut terlalu panjang dan akan dibaca kemudian. Ada juga disebabkan ia terlalu sensitif untuk disebarkan. Mereka akan set bahagian privacy sebagai ONLY ME.
.

Sebagai penulis, butang SHARE buat kita bersemangat untuk menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat.
.

Walaupun tiada langsung butang LIKE ditekan oleh pembaca, butang SHARE memberi ruang dan peluang kepada si penulis untuk berbakti kepada orang lain, dengan izin Allah. Bersyukur.
.

Dapat sesuatu?
.

Che Puan Azne(CPA)
Silakan share jika bermanfaat

Detox Clay Mask oleh Mary Jardin

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar


Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti bagi negeri Johor. Sepatutnya, setiap hari Sabtu saya akan manjakan diri dengan scrub seluruh wajah dan badan. Memandangkan agak sibuk semalam, maka hari ini kita ambil sedikit masa pada waktu pagi untuk lakukan aktiviti mewapkan muka dan sekaligus mengenakan detox clay mask.


Tujuannya adalah untuk membuang kotoran pada kulit wajah yang sudah lama terperangkap termasuklah whitehead dan blackhead.


Jom layan gambar.






Mengandungi bahan-bahan terpilih











Kesan Mendetox Kulit 





Ikuti langkah-langkah berikut




















Sukatan 1 sudu kecil sahaja






Saya campur susu segar. Nyaman





Ratakan pada wajah dan tunggu 5-10 minit. Tidak perlu tunggu hingga kering





JURNAL AZNE OMAR

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar


Azne Omar (2016)

Keluarga Kecil Muaz & Azne

Wednesday, 18 January 2017

Pantun Pagi


Teks : Azne Omar



Negeri Kedah banyak padi
Terengganu ada batik sutera
Assalamua'laikum,selamat pagi
Didoakan kalian sihat sejahtera

Resipi Bubur Ayam ala Mekdi

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Azne Omar


Bubur Ayam Ala Mekdi


Bahan-bahan:
----------------
1) 1 pot beras dicuci bersih + 7 pot air
2) 4 ketul ayam bahagian isi
3) 1 inci halia
4) 1 sudu besar minyak bawang putih
5) 1 sudu besar serbuk lada hitam
6) 1 sudu kecil serbuk lada putih
7) 1 kiub pati ayam knorr atau 1 sudu kecil serbuk pati ayam knorr
8) garam secukup rasa
9) daun bawang, daun sup, lada merah dan bawang goreng (aksesori)


Cara-cara:
------------
1) Beras dibersihkan dan dimasak bersama 7 pot air. Ayam diletakkan di atas permukaan beras dan dimasak bersama sehingga empuk
2) Tambahkan hirisan halia
3) Ketulan ayam yang sudah empuk dikeluarkan dan diracik menggunakan garfu
4) Separuh daripada isi ayam yang diracik dimasukkan semula ke dalam bubur
5) Setelah beras semakin kembang, bahan-bahan perasa seperti serbuk lada hitam, serbuk lada putih, kiub pati ayam dan garam ditambah. Bubur perlu selalu dikacau supaya tidak berkerak di bahagian bawah periuk
6) Selepas beras kembanv sepenuhnya, tambah minyak bawang putih ,kacau rata dan tutup api.
Bubur sedia untuk dihidang bersama daun bawang, daun sup, potongan lada merah dan bawang goreng






































Menyelerakan


Tuesday, 17 January 2017

Resipi Minyak Bawang Putih

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar & Pinterest

Minyak bawang putih.

Sesuai dimakan bersama bubur nasi, mihun sup, kuew tiaw sup, mi suah, sayur bening(sayur masak air)  dan pelbagai lagi.

Selain bertindak sebagai minyak yang menyedapkan makanan, minyak bawang putih juga berfungsi sebagai pembangkit selera.

Konsepnya, minyak zaitun atau minyak masak biasa ditambah dengan 'perasa' dan aroma bawang putih.

Mat saleh banyak gunakan bahan-bahan seperti bawang putih dan daun-daun herba seperti daun basil, oregano, parsley dan banyak lagi sebagai bahan perasa dalam minyak masakan dan 'dipping oil',tetapi cara pembuatan berbeza sedikit. Ia dikenali sebagai 'infused oil'

Resipi minyak bawang putih
-----------------------------------------------
-2 labu bawang putih(cincang halus atau tumbuk)
-minyak zaitun atau minyak masak

Cara-cara :
-----------------
1)cincang halus atau tumbuk bawang putih
2)tumis bawang putih dalam minyak yang sudah panas hingga bertukar warna perang. Gunakan api sederhana untuk elak bawang menjadi hangit
3)tutup api dan alihkan kuali dari dapur untuk elak bawang terus masak akibat haba dari dapur

Minyak ini boleh disimpan didalam botol kaca dan ia tahan lama. Simpan di tempat kering dalam suhu bilik.

Goreng Mihun Tanpa Perlu merendam Mihun Terlebih Dahulu

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar



Biasanya, jika ada tetamu bertandang ke rumah, kita agak buntu untuk menyediakan hidangan apa kepada mereka.


Untuk meraikan tetamu yang membawa rezeki ke dalam rumah, tuan rumah berusaha sedaya-upaya untuk menyantuni tetamu dengan sebaik mungkin.
Hari ini saya ingin berkongsi satu tip hidangan yang cepat dan mudah disediakan iaitu mihun goreng.


Apabila menyediakan mihun goreng, biasa kita lihat mihun yang kering itu akan direndam  agak lama atau direndam dengan air panas terlebih dahulu untuk melembutkannya.
Selepas menumis bumbu(rencah) mihun, terus masukkan kuantiti mihun yang ingin dimasak dan tuangkan air pada paras permukaan sehingga menutupi mihun tersebut. Hanya gunakan air biasa, tidak perlu air panas.
Mudah dan cepat. Air tersebut berfungsi untuk melembutkan mihun yang kering tadi.
Selamat mencuba.