Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar
Biasanya, jika ada tetamu bertandang ke rumah, kita agak buntu untuk menyediakan hidangan apa kepada mereka.
Untuk meraikan tetamu yang membawa rezeki ke dalam rumah, tuan rumah berusaha sedaya-upaya untuk menyantuni tetamu dengan sebaik mungkin.
Hari ini saya ingin berkongsi satu tip hidangan yang cepat dan mudah disediakan iaitu mihun goreng.
Apabila menyediakan mihun goreng, biasa kita lihat mihun yang kering itu akan direndam agak lama atau direndam dengan air panas terlebih dahulu untuk melembutkannya.
Selepas menumis bumbu(rencah) mihun, terus masukkan kuantiti mihun yang ingin dimasak dan tuangkan air pada paras permukaan sehingga menutupi mihun tersebut. Hanya gunakan air biasa, tidak perlu air panas.
Mudah dan cepat. Air tersebut berfungsi untuk melembutkan mihun yang kering tadi.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment