Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar
Saya mula memasak ketika berumur 10 tahun, iaitu semasa darjah empat lagi. Waktu itu, di rumah kami ada pembantu rumah yang pandai memasak lauk-pauk dan kuih-muih.
Teringat kenangan bikin kuih onde-onde. Pertama kali saya buat sendiri berbekalkan resipi dari Mama. Pembantu rumah hanya mengawasi dari jauh.
Dari menyediakan inti kacang hijau hinggalah menggoreng, saya siapkan kuih kegemaran dengan penuh minat dan kasih sayang.
Berlaku satu insiden yang tidak mungkin saya lupakan ketika itu. Sedang saya bersemangat menggoreng hasil air tangan sendiri untuk dijamu kepada seisi keluarga, tiba-tiba onde-onde meletup.
Minyak panas terkena kaki kanan. Sakitnya tidak melunturkan semangat untuk saya mencuba lagi.
No comments:
Post a Comment