Friday 13 January 2017

Kisah Perniagaan Dalam Hidup Azne Omar

Teks : Azne Omar
Foto : Koleksi Peribadi Azne Omar



Berjodoh dengan seorang suami yang 'otak berniaga ' membawa saya ke dunia perniagaan.
Walaupun berlatar belakangkan bidang kejuruteraan dan bekerja sebagai jurutera, suami saya sering mencari peluang dalam bidang yang diminatinya.

Kata ibu mentua, darah Pak Mail, bapa saudara kepada suami mengalir dalam tubuhnya.
Pak Mail seorang peniaga yang ligat dalam bidang hartanah dan peruncitan. Beliau sanggup melepaskan gaji dan jawatan yang sudah stabil dalam sebuah syarikat demi memenuhi cita-cita untuk membina perniagaannya sendiri. Alhamdulillah, Pak Mail mampu tersenyum puas kerana usaha dan jatuh bangun beliau selama ini telah berbayar.

Sebelum kami mendirikan rumahtangga, suami pernah mengusahakan kedai makan bersama seorang rakan. Beliau menjadi pemodal manakala rakannya diamanahkan untuk mengurus dan memajukan perniagaan mengikut persetujuan mereka.

Bertahan selama lebih kurang enam bulan sahaja, akhirnya kedai tersebut terpaksa ditutup. Rakan niaga suami berpindah ke Singapura. Suami saya menanggung kerugian.

Selepas beberapa ketika, beliau masih nekad mencuba. Kali ini, bergabung dengan teman sepermainan sejak kecik mencuba perniagaan menjual kereta terpakai pula. 

Dipendekkan cerita, disamping kedai makan dan menjual kereta terpakai, ada lagi beberapa perniagaan yang beliau cuba tetapi gagal.

Niat suami untuk mencuba lagi tertangguh seketika kerana mahu menumpukan perhatian kepada persediaan kami untuk mendirikan rumahtangga ketika itu. 

Bulan berganti bulan, akhirnya kami selamat diijabkabulkan. Saya mengikut suami berpindah ke Johor Bahru.

Episod baru dalam hidup kami berdua bermula di Pasir Gudang, Johor.




Majlis Pernikahan Muaz & Azne (3 Mei 2008)
Sungai Petani, Kedah

No comments:

Post a Comment